Friday, November 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia akan larang remaja bawah 16 tahun guna media sosial

    SYDNEY, 7 NOV – Kerajaan Australia merancang untuk melarang remaja bawah usia 16 tahun daripada menggunakan media sosial, kata Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese hari ini.

    “Media sosial mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak kita, dan saya akan menghentikannya… Saya mahu ibu bapa dan keluarga Australia tahu bahawa kerajaan menyokong anda… Usia yang dicadangkan oleh kerajaan ialah 16 tahun.

    “Keputusan itu dibuat dalam Kabinet pada Isnin, dan cadangan ini akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Kebangsaan yang akan saya adakan… pagi esok,” kata Albanese, menurut Sputnik/RIA Novosti.

    Perdana menteri berkata jika cadangan itu diluluskan, ia akan dijadikan undang-undang dan akan berkuat kuasa 12 bulan selepas kelulusan, sambil menambah bahawa tiada denda akan dikenakan untuk pelanggaran.

    Beliau juga berkata bahawa seorang pesuruhjaya keselamatan khas akan dilantik untuk menyelia pelaksanaan undang-undang itu.

    “Tanggungjawab terletak pada pemilik platform media sosial untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang akses (oleh mereka yang berumur di bawah 16 tahun),” tambah Albanese.

    Pada September, perdana menteri berkata bahawa kerajaan Australia akan meluluskan undang-undang sebelum akhir tahun ini bagi menetapkan had umur minimum untuk penggunaan media sosial bagi mengurangkan kesan negatifnya terhadap kanak-kanak dan remaja.

    Pada masa itu, kerajaan sedang mempertimbangkan antara 14 dan 16 tahun. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda