Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azerbaijan Airlines lancar penerbangan terus ke Maldives

    NEW DELHI, 3 SEPT – Azerbaijan Airlines akan melancarkan penerbangan terus antara Baku dan Male, dijangka memberi rangsangan tambahan kepada sektor pelancongan Maldives yang semakin berkembang.

    Perkhidmatan dua kali seminggu ini akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev dan Lapangan Terbang Antarabangsa Velana bermula 8 November nanti.

    “Bersiap sedia untuk menukar kesejukan musim sejuk kepada keceriaan musim panas,” menurut syarikat penerbangan itu kelmarin dalam satu hantaran di media sosial.

    Maldives mencatat pertumbuhan 10 peratus bagi kedatangan pelancong tahun ini dengan jumlah ketibaan melebihi 1.2 juta menjelang pertengahan Ogos.

    Lima sumber utama pelancong asing ke negara itu ialah China, Rusia, Britain, Itali dan Jerman.

    Dengan Malaysia Airlines yang turut menyambung semula penerbangan terus ke Male bulan lalu, Maldives turut berharap dapat menarik lebih ramai pelancong Malaysia.

    Malaysia Airlines kali terakhir mengendalikan penerbangan terus ke Maldives pada 2017. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda