Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot pendatang pecah, 12 mati lemas

    BOULOGNE-SUR-MER, 4 SEPT – Sebuah bot yang membawa pendatang pecah di Selat Inggeris ketika cuba sampai ke Britain dari utara Perancis kelmarin, menyebabkan berpuluh-puluh pendatang terjatuh dalam laluan air berbahaya dan meninggalkan 12 terkorban, kata pihak berkuasa.

    Kebanyakan mangsa dipercayai wanita, beberapa di antara mereka di bawah 18 tahun, dan kebanyakan penumpang tidak mempunyai pelampung keselamatan, kata pegawai, dengan seorang menyifatkan ia kemalangan pendatang paling teruk dalam perairan itu tahun ini.

    “Malangnya, bahagian bawah bot itu pecah,” kata Olivier Barbarin, Datuk Bandar Le Portel berhampiran Boulogne-sur-Mer, di mana pusat pertolongan cemas didirikan untuk merawat mangsa.

    “Jika orang tidak tahu bagaimana berenang di perairan yang bergelora, ia boleh lemas dengan amat cepat.”

    Peraturan suaka Eropah yang semakin ketat, xenofobia yang meningkat serta layanan teruk terhadap pendatang telah mendorong mereka berkunjung ke utara.

    Pasukan penyelamat mengeluarkan 65 orang dari Selat Inggeris kelmarin dalam usaha pencarian yang berlangsung lebih empat jam, menurut Leftenan Etienne Baggio, jurucakap agensi Perancis yang menyelia kawasan laut di mana bot itu pecah. Doktor telah mengesahkan 12 orang meninggal dunia, katanya.

    Dua belas orang lagi dimasukkan ke hospital, dan dua dalam keadaan amat serius, kata pihak berkuasa.

    Baggio menyebutnya sebagai tragedi bot pendatang paling teruk di Selat Inggeris tahun ini. – AP

    Perkhidmatan kecemasan berada di pelabuhan Boulogne-Sur-Mer, Perancis, pada 3 September, setelah bot yang membawa pendatang pecah ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda