Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia

    MOSCOW, 9 OGOS – Darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk di Rusia hari ini susulan ledakan bahan letupan yang berlaku selepas serangan dron Ukraine, lapor Xinhua.

    Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan melalui saluran Telegramnya bagi memastikan keselamatan awam.

    “Bagi mengurangkan kesan ledakan bahan letupan, keadaan darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk.

    “Demi memastikan keselamatan penduduk, keputusan telah dibuat untuk memindahkan penduduk di kawasan penempatan Koptsevy Khutor, Fedorovka, Yakovlevka dan Tynkovka,” kata Artamonov.

    Serangan dron baru-baru ini di Lipetsk, sebuah bandar yang terletak kira-kira 370 kilometer di selatan Moscow, mencetuskan letupan besar yang melibatkan struktur awam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda