Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua individu dipenjara seumur hidup seludup lebih 100kg dadah

    PHNOM PENH, 12 SEPT – Mahkamah Kemboja kelmarin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dua lelaki Thailand kerana menyeludup sejumlah besar dadah terlarang.

    Saehoe Somchai, 33, dan Saehoe Thanat, 30, kedua-duanya ditahan di ibu negara Phnom Penh pada 21 Ogos 2023, dengan 118 kg methamphetamine dan ketamin.

    “Mereka berdua didakwa memiliki, mengedar dan menyeludup dadah terlarang,” kata keputusan yang dibacakan oleh Theam Chan Piseth, Ketua Hakim Mahkamah Perbandaran Phnom Penh.

    “Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada setiap seorang daripada mereka,” menurut keputusan itu, sambil menambah bahawa mahkamah juga mendenda setiap seorang daripada mereka AS$20,000.

    Di bawah undang-undang kerajaan Kemboja, pesalah mempunyai tempoh sebulan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

    Kemboja telah meningkatkan usaha memerangi dadah terlarang sejak Ogos 2023 apabila Perdana Menteri Hun Manet memegang jawatan.

    Negara Asia Tenggara itu menahan 17,574 suspek berkaitan dadah, termasuk 550 warga asing dari 15 negara, sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2024, merampas sejumlah 5.75 tan dadah terlarang, menurut Jabatan Anti Dadah. – Xinhua

    Gambar Generic
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda