Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    EV cipta sejarah di Norway

    OSLO, 18 SEPT – Kenderaan elektrik (EV) kini mengatasi jumlah kenderaan petrol buat kali pertama di Norway, yang pertama di dunia di mana negara itu berada dalam landasan tepat untuk mengeluarkan kenderaan bahan api fosil di jalan raya.

    Daripada 2.8 juta kereta persendirian yang didaftarkan di Norway, 754,303 merupakan EV, berbanding 753,905 yang menggunakan petrol, kata Persekutuan Jalan Raya Norway (OFV), sebuah organisasi industri, dalam satu kenyataan kelmarin.

    Model diesel kekal paling banyak hanya di bawah satu juta, akan tetapi jualannya jatuh dengan mendadak.

    “Ia merupakan sejarah. Satu peristiwa penting yang tidak dilihat berlaku 10 tahun lalu,” kata pengarah OFV, Oyvind Solberg Thorsen, dalam satu kenyataan.

    “Pertumbuhan EV meningkat pantas, jus-teru Norway juga perlu giat berusaha untuk menjadi negara pertama di dunia dengan kereta yang didominasi oleh EV,” kata Thorsen.

    “Kepesatan armada kereta Norway diperbaharui mencadangkan pada 2026 kami akan mempunyai lebih banyak EV daripada kereta diesel,” tambahnya.

    “Setakat yang saya ketahui, tiada negara lain di dunia berada dalam situasi yang sama di mana EV melebihi jumlah kereta petrol,” katanya kepada AFP.

    Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), kenderaan elektrik membentuk hanya 3.2 peratus daripada kumpulan kereta global pada 2023 iaitu 4.1 peratus di Perancis, 7.6 peratus di China, 18 peratus di Iceland. – AFP

    Gambar fail bertarikh 30 April 2019 menunjukkan EV sedang dicas di sebuah jalan di ibu negara Norway, Oslo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda