Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Fury, Whyte bakal bertemu untuk gelaran dunia

    LONDON, 23 FEB – Juara bertahan, Tyson Fury (gambar) kelmarin berkata Dillian Whyte telah menandatangani kontrak untuk menetapkan pertarungan kejuaraan heavyweight antara dua petinju kelahiran Britain.

    Laporan media di Britain mengatakan pertarungan itu akan berlangsung pada 23 April, berkemungkinan diadakan di Stadium Wembley London, namun tarikh tepat dan tempat masih belum ditetapkan.

    Whyte, pencabar wajib untuk gelaran World Boxing Council (WBC) milik Fury, mempunyai tarikh sehingga kelmarin untuk bersetuju dengan perjanjian selepas penganjur bersama, Frank Warren memenangi bidaan dengan tawaran AS$41 juta.

    Tetapi Whyte berhak mendapat hanya 20 peratus daripada kemenangan dan terdapat laporan bahawa warga London berusia 33 tahun itu cuba membuat rundingan sekali lagi untuk meningkatkan bahagiannya dalam perjanjian itu.

    Bagaimanapun, beliau telah bersetuju dengan syarat sedia ada.

    Fury, memenangi gelaran WBC selepas menewaskan Deontay Wilder pada Februari 2020, berikutan keputusan undian berbelah bahagi dalam pertemuan pertama mereka dan berjaya mempertahankan gelaran kali pertama dengan menewaskan petinju dari Amerika Syarikat melalui knockout di pusingan ke-11 pada Oktober.

    Juara tinju itu telah berulang kali memprovokasi Whyte di media sosial dan Fury, 33, cuba mengancam lawannya sekali lagi kelmarin dalam catatan Instagram dengan berkata, “Dillian Whyte menandatangani kontraknya dengan harga AS$8 juta. Sungguh menakjubkan!” – AFP

    Tyson Fury berkata kelmarin bahawa Dillian Whyte telah menandatangani kontrak yang menetapkan perebutan gelaran heavyweight antara dua petinju Britain itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...