Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanoi lapor kematian manusia pertama penyakit berkaitan khinzir tahun ini

    HANOI, 6 OGOS – Ibu kota Vietnam, Hanoi melaporkan kematian pertama streptokokus suis setakat ini tahun ini, bakteria yang berasal daripada khinzir, lapor media tempatan hari ini.
     
    Seorang wanita berusia 86 tahun di daerah Quoc Oai dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan itu. Dia dihantar untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Tentera 103, kelmarin, selepas mengalami demam panas, sakit kepala dan mengantuk.
     
    Punca jangkitan belum dikenal pasti. Sejak awal tahun ini, bandar itu melaporkan tujuh kes manusia streptokokus suis termasuk satu kematian.
     
    Menurut Pusat Kawalan Penyakit Hanoi, kebanyakan kes manusia dijangkiti selepas pesakit menyembelih khinzir, makan jeli darah atau daging khinzir yang tidak dimasak. – Xinhua
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda