Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Hong Kong anjur lima pameran teknologi musim luruh

    HONG KONG 14 OKT – Hong Kong kelmarin menganjurkan lima pameran teknologi musim luruh untuk mempromosikan produk, perkhidmatan dan maklumat inovatif terkini serta penyelesaian perbandaran pintar.

    Siri pameran dikendalikan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 1,000 pempamer dari seluruh dunia secara hibrid.

    Ia bertemakan ‘Inovasi untuk Kehidupan Lebih Baik’, pameran tersebut melibatkan Pameran Elektronik (edisi musim luruh), Pameran Elektronik Asia, Ekspo Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Antarabangsa, Pameran Pencahayaan Antarabangsa (edisi musim luruh) dan Ekspo Lampu Luar dan Teknologi Antarabangsa Hong Kong.

    Sementara itu, siri pameran akan diadakan secara fizikal di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC) selama empat hari.

    Sejumlah pavilion berteraskan ‘Smarter Hong Kong’ yang dilengkapi sistem pintar merangkumi mobiliti, kehidupan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, perkhidmatan lapangan terbang, perkampungan dan penyelesaian dalam membendung COVID-19 turut akan ditampilkan pada pameran berkenaan.

    Pameran tersebut turut disertai sektor awam yang memperkenalkan tindakan diambil dan penyelidikan sains dihasilkan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dalam pembangunan perbandaran pintar, memperkasa pertukaran dan kolaborasi dengan negara lain demi menggubal lebih banyak pakej penyelesaian untuk memudahkan kehidupan penduduk tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...