Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ICRC desak akses kemanusiaan lebih besar di kawasan konflik

    YANGON, 10 SEPT – Ketua bagi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah mendesak ketua junta Myanmar untuk memberikan akses kemanusiaan yang lebih besar ke kawasan-kawasan yang dilanda konflik di negara itu semasa pertemuan bersemuka yang jarang berlaku, kata organisasi itu hari ini.

    Myanmar telah berada dalam kekacauan sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih pada 2021, mencetuskan pemberontakan bersenjata di seluruh negara.

    Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric bertemu dengan jeneral tertinggi, Min Aung Hlaing di Naypyidaw kelmarin, kata ICRC dalam satu kenyataan.

    Semasa pertemuan itu, beliau ‘mendesak akses yang lebih besar ke kawasan yang dilanda konflik’, katanya, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Spoljaric juga melawat negeri Rakhine di barat semasa lawatannya dari 5 hingga 9 September dan melihat ‘keperluan kemanusiaan yang mendesak’ di sana, menurut kenyataan ICRC. – AFP

    Spoljaric berkata terdapat keperluan kemanusiaan yang mendesak di kawasan yang dilanda konflik di Myanmar. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda