Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insiden bot: Operasi cari 2 warga Filipina ditamatkan

    SEMPORNA, 9 OGOS – Operasi mencari dan menyelamat dua warga Filipina yang hilang dalam insiden pelanggaran dua bot di perairan Pulau Sebangkat, sejak Selasa lepas (6 Ogos) ditamatkan, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Komander Maritim Amir Shubli berkata, operasi itu ditamatkan pada pukul 6:30 petang semalam berikutan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat tersebut.

    Katanya operasi itu meliputi kawasan keluasan 64 batu nautika persegi dengan penglibatan tujuh buah bot Maritim Malaysia dan agensi lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marim, Angkatan Pertahanan Awam, serta Taman-Taman Sabah.

    Selasa lepas, dua warga Filipina Rommek Tura dan Jimal, masing-masing berusia 30 tahun dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama dua orang lagi yang terselamat, bertembung dengan sebuah bot lain – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda