Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Jackson rangkul pingat emas

    EUGENE, AMERIKA SYARIKAT, 22 JULAI – Shericka Jackson dari Jamaica menewaskan rakan senegara, Shelly-Ann Fraser-Pryce untuk memenangi pingat emas dalam acara 200m pada Kejohanan Olahraga Dunia kelmarin.

    Jackson mencatat rekod kejuaraan 21.45 saat iaitu catatan masa kedua terpantas dalam jarak jauh sekali gus melakar gelaran dunia pertama di Hayward Field, Eugene.

    Sementara itu, pemenang pingat emas acara 100m yang baru dinobatkan, Fraser-Pryce meraih perak dengan catatan masa 21.81 saat, diikuti juara bertahan, Dina Asher-Smith dari Britain meraih gangsa dengan 22.02 saat.

    “Saya berasa sangat lega sebaik sahaja saya mengakhiri perlumbaan. Wanita terpantas yang masih hidup, rekod kebangsaan dan kejohanan, saya tidak boleh merungut dengan semua pencapaian tersebut,” kata Jackson.

    “Saya tahu bahawa Shelly mungkin salah seorang pelari lengkung terbaik di dunia jadi saya tahu dia akan berjuang berhabis-habisan.

    “Saya tahu bahawa jika saya mahu mendapatkan emas, saya terpaksa berikan segala-galanya yang saya ada. Saya yakin saya mampu untuk mendapatkan kemenangan,” katanya.

    Jackson, yang memenangi gangsa dalam acara 100m dan emas dalam acara 4x100m berganti-ganti di Sukan Olimpik Tokyo, berkata, datang dari belakang bukanlah sebahagian daripada taktik perlumbaannya.

    “Saya tidak pernah mahu mengejar sesiapa, saya mahu melaksanakan perlumbaan sebaik yang mungkin dan mencipta rekod peribadi terbaik,” kata atlet serba boleh berusia 28 tahun itu yang juga memenangi gangsa dalam acara 400m di Sukan Olimpik Rio dan perak serta gangsa dalam acara lari berganti-ganti 4x400m pada dua Sukan Musim Panas yang lalu. – AFP

    Reaksi Shericka Jackson meraikan kejayaan selepas memenangi pingat emas dalam acara 200m akhir wanita pada hari ketujuh Kejohanan Olahraga Dunia Oregon22 di Hayward Field kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...