Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BIBD sokong usahawan asnaf zakat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Sebagai usaha menyediakan ruang niaga kepada pengusaha-pengusaha terdiri daripada golongan asnaf zakat dan usahawan kecil penerima bantuan Skim Kebajikan Negara, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengadakan BIBD Connects Asnafpreneurs Nite Market di BIBD Connects, Taman Mahkota Jubli Emas bermula hari ini.

    Projek yang akan berlangsung hingga 31 Julai itu telah dirasmikan oleh Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan ahli Majlis Ugama Islam Brunei, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku tetamu kehormat.

    Usahawan yang menyertai projek berkenaan termasuk Konsortium Muallafpreneus Syarikat Gabungan Usahawan Transformasi 1K1P, BIBD SEED, Rakan Seliaan Jabatan Penjara dan Usahawan Bakarih Yayasan.

    Konsortium Muallafpreneurs berada di bawah kendalian Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Mualaf), Pusat Dakwah Islamiah dengan kerjasama Qalam Academy dan sokongan BIBD.

    Sebanyak 19 petak jualan makanan, minuman dan kraf tangan serta aktiviti dan pameran telah disediakan untuk acara jualan berkenaan.

    Projek berkenaan diadakan bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Dr Haji Norarfan semasa merasmikan BIBD Connects Asnafpreneurs Nite Market di BIBD Connects, Taman Mahkota Jubli Emas baru-baru ini. – Gambar oleh Fadley Faisal
    Dr Haji Norarfan mengunjungi salah satu petak jualan yang dikendalikan usahawan kecil.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...