Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes batuk kokol meningkat mendadak di Australia

    SYDNEY, 23 OGOS – Pihak berkuasa di Queensland, Australia telah mengeluarkan amaran kesihatan segera berhubung peningkatan kes batuk kokol.

    Queensland Health kelmarin menggesa semua orang hamil untuk melindungi diri mereka dan anak damit dalam kandungan mereka daripada pertusis – biasanya dikenali sebagai batuk kokol – dengan mendapatkan vaksinasi percuma.

    Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan terdapat 21,336 kes batuk kokol yang disahkan di Australia pada tahun ini – meningkat daripada 2,451 pada 2023 dan jumlah tertinggi sejak 2015 apabila 22,571 kes direkodkan sepanjang tahun.

    Batuk kokol adalah jangkitan saluran pernafasan yang amat berjangkit yang sangat berbahaya bagi anak damit dan boleh membawa maut dalam kes luar biasa. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda