Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan Netflix meningkat berikutan peningkatan bilangan pelanggan

    WASHINGTON, 19 JULAI – Keuntungan konglomerat hiburan dalam talian Netflix meningkat pada suku kedua, mengatasi jangkaan Wall Street, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan syarikat itu kelmarin.

    Keuntungan bersih Netflix berjumlah AS$2.15 bilion atau AS$4.88 sesaham, berbanding AS$1.49 bilion, atau AS$3.29 sesaham, pada suku kedua tahun lepas.

    Pendapatan syarikat bagi suku itu meningkat 16.7 peratus kepada AS$9.56 bilion daripada AS$8.19 bilion tahun lalu.

    Pada suku kedua, peneraju pasaran penstriman video itu memperoleh 8 juta pelanggan, peningkatan 37 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

    Netflix kini mempunyai sekitar 277.7 juta pelanggan di seluruh dunia, katanya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda