Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki hilang ketika mendaki gagal ditemukan

    TOULOUSE, 12 OGOS – Pegawai pendakwa raya Perancis hari ini berkata bahawa operasi pencarian seorang lelaki Britain berusia 67 tahun yang hilang ketika mendaki di Pyrenees telah dihentikan.

    Pesara doktor itu kali terakhir dikesan berada berhampiran kawasan peranginan ski Guzet pada Selasa lalu, kata pejabat pendakwa raya di bandar selatan Foix.

    Menurut keluarganya, pesara doktor itu, yang tinggal di wilayah selatan Lot-et-Garonne, sedang berkhemah dan mengembara seorang diri.

    “Operasi pencarian telah dihentikan,” pejabat pendakwa raya di Foix memberitahu AFP hari ini.

    “Selepas lima hari, kami tidak berjaya menemui beliau,” kata wakil pejabat pendakwa raya sambil menambah bahawa siasatan berhubung kehilangan lelaki itu akan diteruskan.

    Polis telah melakukan pencarian di kawasan itu dengan bantuan anjing penghidu dan helikopter antara Rabu dan Ahad.

    Selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh, lelaki itu telah menghantar mesej kecemasan kepada saudara-maranya di UK kira-kira jam 4 petang pada Selasa.

    Pemeriksaan data geolokasi pada telefon pengembara itu tidak membolehkannya ditemui dengan tepat, terutamanya di kawasan berbukit yang curam di mana penerimaan telefon tidak stabil.

    Keretanya ditemui sehari selepas beliau hilang, diletakkan tidak jauh dari Guzet. – AFP

    Notis orang hilang dilihat dilekatkan pada tiang logam berhampiran Ustou, di Pyrenees, Perancis pada 11 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda