Saturday, November 2, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga asing didakwa bunuh wanita Asia Tenggara

    HONG KONG, 1 NOV – Pihak berkuasa Hong Kong kelmarin mendakwa seorang lelaki warga asing membunuh seorang wanita Asia Tenggara berusia 25 tahun, di mana mayatnya ditemui di kawasan air terjun.

    Wanita itu ditemui di dalam kolam di Waterfall Bay Park Isnin lalu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, di mana polis kemudian berkata dia mengalami luka di kepala.

    Mangsa merupakan pembantu rumah yang tidak bekerja dengan suspek, kata polis.

    Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun ditahan sehari kemudian bersama isterinya, 36 tahun dari Hong Kong, ketika mereka pulang dari tanah besar China.

    Menurut South China Morning Post Hong Kong, lelaki itu dikenal pasti sebagai ahli perniagaan British. Konsulat British tidak segera menjawab pertanyaan AFP mengenai kes itu.

    Kematian wanita itu diklasifikasikan sebagai pembunuhan kerana tiada bukti menunjukkan ia berlaku secara semula jadi, kata ketua polis China, Sin Kwok-ming, kepada pemberita.

    Pemeriksaan bedah siasat awal mengesan kecederaan di kepalanya dan punca kematian adalah disebabkan sesak nafas akibat lemas, tambah polis. – AFP

    Pegawai polis mengepung tempat mayat wanita Asia Tenggara ditemui di kawasan air terjun di dalam sebuah taman di Hong Kong pada 30 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda