Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool benam United

    MANCHESTER, 2 SEPT – Arne Slot lulus ujian besar pertamanya sebagai pengurus Liverpool dengan kemenangan 3-0 ke atas Manchester United, hasil dua gol dari Luis Diaz dan satu gol dari Mohamed Salah, kelmarin.

    Slot, yang menggantikan Jurgen Klopp, memulakan langkah dengan cemerlang apabila mencatatkan rekod sempurna dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris, sekali gus berkongsi kedudukan teratas bersama Manchester City.

    “Saya rasa segala yang awda mahu lihat sebagai pengurus dapat dilihat dalam perlawanan ini,” kata Slot.

    Kekalahan kedua berturut-turut itu membuatkan pengurus United, Erik ten Hag, kini berada di bawah tekanan walaupun baru tiga perlawanan dalam musim baru.

    Pengurus dari Belanda itu terselamat dari kajian dalaman selepas musim lalu apabila United mencatatkan kedudukan terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris mereka di tempat kelapan.

    Kemenangan mengejut dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City menyelamatkan jawatan Ten Hag dan memberikan harapan baharu, terutamanya selepas disokong dengan perbelanjaan AS$262 juta dalam pasaran perpindahan.

    Namun, semua kelemahan United yang sering terlihat musim lalu sekali lagi terdedah oleh kehebatan pasukan pelawat.

    “Saya bukanlah seperti Harry Potter. Kami baru sahaja bermain tiga perlawanan dalam musim ini dan sekali lagi kami perlu membina pasukan baharu.

    “Kami akan baik-baik saja. Jelas sekali kami perlu meningkatkan prestasi, tetapi pada akhir musim ini saya yakin kami akan mempunyai peluang besar untuk menjulang trofi lain,” kata Ten Hag. – AFP

    Aksi Luis Diaz dan Bruno Fernandes semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di Manchester pada 1 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda