Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maghribi akan lancar pelan hala tuju pembangunan ekonomi digital

    RABAT, 30 MEI – Perdana Menteri Maghribi, Aziz Akhannouch mengumumkan kelmarin di bandar Marrakech bahawa kerajaannya akan melancarkan Strategi Digital 2030, satu pelan hala tuju untuk memajukan pembangunan ekonomi digital ‘dalam beberapa minggu akan datang.’

    Bercakap pada majlis perasmian Gitex Africa 2024 iaitu pameran teknologi di benua Afrika, Akhannouch menekankan komitmen teguh kerajaannya untuk mengutamakan peralihan digital, lapor agensi berita rasmi Maghribi, MAP.

    Strategi Digital 2030 itu akan menumpukan pada peningkatan pendigitalan perkhidmatan awam dan memberi dorongan baharu kepada ekonomi digital, kata Akhannouch sambil menambah ia bertujuan untuk “membangunkan penyelesaian digital Maghribi
    dan mencipta nilai tambah serta pekerjaan.”

    Akhannouch juga menekankan kepentingan peralihan digital untuk negara-negara Afrika.

    “Peralihan digital bukanlah kemewahan teknologi tetapi ia turut memainkan peranan penting untuk menyatukan kerjasama antara negara-negara Afrika, sebagaimana ia telah menawarkan penyelesaian ketara kepada cabaran yang dihadapi benua itu, menggalakkan pembangunan mampan dan menjamin persekitaran yang kondusif untuk mengukuhkan integrasi Afrika,” katanya lagi.

    Maghribi telah menunjukkan komitmen yang kukuh dalam memainkan peranannya menerajui peralihan digital Afrika dengan tujuan untuk meletakkan dirinya sebagai hab inovasi di benua itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda