Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis makan malam sempena Hari Malaysia disambut meriah

    JAKARTA, 18 SEPT – Seramai 200 tetamu jemputan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Medan kelmarin.

    Tetamu kehormat yang hadir termasuk pegawai-pegawai kerajaan dari Sumatera Utara, Sumatera Selatan dan Aceh, selain wakil kor diplomatik serta tokoh masyarakat di Sumatera Utara daripada sektor perniagaan, perbankan, kesihatan dan pelancongan.

    Dalam ucapannya, Konsul Shahril Nizam Abdul Malek menegaskan bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan Indonesia bagi menangani isu-isu berkepentingan bersama, baik di peringkat dua hala mahupun antarabangsa.

    Beliau turut berkongsi kemajuan dan pencapaian Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

    “Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi hab pengajian tinggi global dengan enam institusi pengajian tingginya tersenarai dalam 10 terbaik di rantau ASEAN berdasarkan QS World University Ranking 2024,” katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Daerah Wilayah Sumatera Utara, Arief S Trinugroho dalam ucapan balasnya berkata hubungan erat antara kedua-dua negara adalah satu hubungan diplomatik yang bukan sahaja istimewa malah ia adalah hubungan persaudaraan yang sejati. – Bernama

    Gambar daripada KJM Medan menunjukkan Konsul Shahril Nizam Abdul Malek bergambar ramai semasa majlis berkenaan, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda