Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    MDEC sasar jana RM250 juta dari DEX Connex

    JAKARTA, 8 MEI – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjangkakan platform padanan perniagaan terbaharunya, DEX Connex Indonesia menjana peluang eksport digital bernilai RM250 juta.

    MDEC telah memadankan lebih 70 syarikat teknologi Malaysia dengan rakan sejawatan Indonesia, yang memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi digital dalam ASEAN.

    Program ini merupakan usaha bersama melibatkan kedutaan Malaysia di Jakarta, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, MATRADE Jakarta, Malaysia Club Jakarta, HUB.ID, XCION, Digital Hub BSD City dan Sinarmas Land.

    Inisiatif ini turut melibatkan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) antara syarikat, iaitu ReSkills dari Malaysia dan JCI dari Indonesia, dengan sasaran membantu golongan belia dalam ekonomi digital.

    Di samping itu, CTAPPS MSC Sdn Bhd bersetuju menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan ICT yang dipertingkatkan kepada PT Primedia Armoekadata Internet, yang memfokuskan untuk meningkatkan penglibatan pelanggan organisasi dan perniagaan Indonesia.

    MOU itu turut melibatkan penubuhan anak syarikat PT Inovasi Multimedia Indonesia oleh Innoveam Sdn Bhd, sekali gus menandakan penglibatan rasminya sebagai kuasa serantau dalam penyelesaian digital berasaskan 3D untuk aplikasi perindustrian.

    WAHDAH Technologies Sdn Bhd pula melantik PT Domo Manajemen Grup (Dokter Mobil) sebagai rakan kongsi bengkelnya, bagi menyokong perniagaan sewa keretanya di Indonesia.

    Syarikat teknologi lain termasuk IFCA MSC Bhd dan Five Pillars Hospitality, Bateriku (M) Sdn Bhd dan PT Bateriku Technologies Indonesia, iBiZZCLOUD Sdn Bhd dan PT Andalan Software Indonesia, NEXAGATE dan TELIN, MAP2U Sdn Bhd dan PT Das Map, serta PureTech Global Sdn Bhd dan PT Funtastik Solusi Indonesia.

    Sementara itu, syarikat teknologi yang bertukar memorandum perjanjian termasuk Moovby dan AirAsia Indonesia, Orlig Sdn Bhd dan PT Inter Asia Teknologi, MyAone dan PT Anakkumatahatiku serta PT Ingatan Gajah serta penyelesaian flexHR dan PT Amindoway Jaya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...