Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Abdul Taib berpandangan jauh, tekan keharmonian, perpaduan

    KUCHING, 8 MEI – Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud merupakan tokoh berpandangan jauh, menekankan keharmonian dan perpaduan sebagai tunjang utama pembangunan Sarawak.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Abdul Taib sentiasa menggalakkan kerjasama erat antara pelbagai kaum dengan memperkenalkan konsep

    Confluence of Rivers, iaitu kesepaduan dalam kepelbagaian identiti ke arah membentuk perpaduan rakyat.

    “Allahyarham sentiasa melindungi kepentingan ekonomi, politik dan sosial rakyat Sarawak. Abdul Taib amat menitikberatkan pembangunan sosioekonomi rakyat dengan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

    “Ini bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan,” katanya semasa membentangkan usul penghargaan kepada Abdul Taib pada Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 di sini hari ini.

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 7 Mei. Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud adalah tokoh berpandangan jauh menurutnya. – Bernama

    Abang Johari berkata, dari segi pembangunan perindustrian pula, Abdul Taib telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak pada 1987 bagi menggalakkan pembangunan sektor perindustrian dengan pembinaan Zon Perindustrian Bebas Samajaya yang mengkhusus kepada industri elektrik dan elektronik.

    “Abdul Taib telah membangunkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang mempromosikan pembangunan tenaga boleh baharu. Kini, Sarawak merupakan salah satu pengeluar tenaga hidro terbesar di rantau ini dengan adanya empangan Batang Ai, Bakun dan Murum,” katanya.

    Tambahnya, Abdul Taib juga telah mengambil langkah memperkasakan modal insan melalui pendidikan dengan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 1992, Universiti Curtin Malaysia di Miri pada 1999 dan Swinburne University of Technology Sarawak Campus pada 2000.

    Abdul Taib yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia pada 21 Februari lepas di sebuah hospital di Kuala Lumpur. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...