Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Samsung beli syarikat AI perubatan Sonio

    SEOUL, 8 MEI – Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung berkata hari ini, ia akan membeli syarikat kecerdasan buatan (AI) dari Perancis, Sonio untuk meningkatkan sistem diagnostik perubatannya yang canggih.

    Pembelian Sonio oleh pembuat peralatan perubatan Samsung Medison, syarikat gabungan Samsung Electronics, akan meningkatkan penjagaan ibu melalui sistem ultrabunyi yang dipertingkatkan AI, menurut satu kenyataan syarikat itu.

    “Kerjasama dengan Sonio akan menggabungkan teknologi AI ultrabunyi yang terbaik dalam kelasnya dan keupayaan pelaporan untuk membawa anjakan paradigma dalam pemeriksaan ultrabunyi pranatal,” kata Yong Kwan Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Medison.

    Samsung akan memperoleh semua saham Sonio untuk sekitar AS$92 juta, menurut rekod kewangan awam.

    Perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan kawal selia termasuk daripada Perancis. Sebaik sahaja ia dimuktamadkan, ibu pejabat Sonio akan kekal di Perancis.

    “Selain kerjasama rapat dengan Samsung Medison, Sonio akan terus memajukan teknologi pelaporan perubatan dan perisian diagnostik secara global, termasuk untuk bidang yang kurang diberi perkhidmatan dalam penjagaan kesihatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sonio, Cecile Brosset.

    Teknologi AI Sonio menggunakan pembelajaran mesin untuk meningkatkan ketepatan, kualiti dan analisis ultrabunyi.

    Produk Sonio Detect pula boleh membantu menganalisis imej janin, termasuk struktur otak dan jantung.

    Pemerolehan itu menandakan langkah terbaharu Samsung untuk mengukuhkan tawaran AI dalam perniagaannya. – AFP

    Pejabat Samsung Electronics di Seoul, Korea Selatan pada 30 April. Samsung membeli syarikat dari Perancis, Sonio untuk tingkatkan sistem diagnostik perubatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...