Kecoh di media sosial dakwaan penyanyi sebuah program realiti televisyen dipercayai bersekedudukan dengan suami orang, tidak semena-mena nama Nadeera Zaini antara dipetik warganet.
Tampil menjawab tuduhan tersebut, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, mengakui terkejut dengan khabar angin tidak masuk akal itu.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya individu itu bukan saya dan tiada kena mengena dengan saya.
“Saya tak tahu tentang cerita ini, ia tiada kena mengena dengan hidup saya,” katanya ketika dihubungi mStar.
Enggan mengambil tahu mengenai kisah rumah tangga orang lain, Nadeera memberitahu dia kini hanya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier seni.
Malah, fokusnya kini adalah untuk memenuhi harapan ibu bapa yang mahu melihat dia berjaya mencapai cita-cita.
“Saya hanya fokus tentang kerjaya saya dan mahu merealisasikan impian serta harapan ibu bapa saya,” ujarnya.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan penyanyi sebuah program realiti televisyen didakwa bersekedudukan dengan suami orang.
Susulan dakwaan rata-rata warganet menyebut nama Nadeera memandangkan penyanyi berkenaan baharu sahaja membeli mikrofon. – Agensi