Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza setuju dengan Syafinaz

    Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza bersetuju dengan komen dan pandangan diberikan oleh juri Datuk Syafinaz Selamat terhadap peserta Big Stage 2023 (BS2023), Nadeera Zaini.

    Kata Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, Nadeera mempunyai kemahiran menyanyi yang bagus namun namanya kurang dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan.

    “Setuju dengan Syafinaz. Nadeera mempunyai skill dan suara yang sangat bagus.

    Seangkatan Aina (Abdul) tapi rezekinya belum menyerlah.

    “Perlukan sokongan peminat muzik tanah air,” katanya.

    Siti puji kekuatan vokal Nadeera. – Agensi

    Siti menulis perkara tersebut menerusi perkongsian di laman Instastory miliknya ketika menyaksikan konsert minggu keempat BS2023 yang berlangsung malam kelmarin.

    Syafinaz yang bertindak sebagai juri jemputan ketika memberi komen memberitahu, Nadeera tidak sepatutnya menyertai pertandingan sebegini yang lebih tertumpu kepada penyanyi baharu atau BBNU.

    Menurutnya, Nadeera mempunyai kualiti vokal yang baik dan seharusnya bakat seperti ini diberi perhatian oleh lebih ramai peminat.

    Dalam satu perkongsian lain, Siti yang juga merupakan juri Big Stage untuk edisi pertama, kedua dan keempat ini turut memuji persembahan Putera Muhammad yang menyampaikan lagu berjudul Kini (Feminin) dengan versi tersendiri. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...