Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Pasukan khas ditubuh banteras judi dalam talian

    JAKARTA, 25 APRIL – Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani kes perjudian dalam talian, melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi termasuk Interpol bagi menangani kes rentas sempadan.

    Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Kominfo) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pasukan petugas itu akan beroperasi di bawah penyelarasan Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan.

    Terdiri daripada wakil Kominfo, Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK), Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) dan polis, pasukan petugas itu akan memberi tumpuan kepada usaha menyeluruh untuk membanteras perjudian dalam talian.

    “Kominfo akan menyelia ruang digital, OJK akan menguruskan akaun, PPATK akan mengendalikan aliran dana dan polis akan menjalankan tugas tangkapan dan siasatan,” kata Ketua Pengarah Penerangan dan Komunikasi Awam kementerian itu, Usman Kansong.

    Usman berkata cabaran berterusan termasuk ketidakupayaan OJK untuk menyekat akaun luar negara dan kesukaran kementerian untuk menapis pelayan dalam bidang kuasa asing.

    Kementerian itu berjaya mendedahkan pelayan perjudian dalam talian yang beroperasi di Filipina dan Kemboja, khusus menyasarkan warganegara Indonesia pada Oktober 2023.

    Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Hadi Tjahjanto melahirkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap perjudian dalam talian, terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah.

    Beliau juga menyatakan perubahan kaedah permainan daripada menggunakan kredit dan wang tunai kepada menggunakan pelayan luar negara sejak tahun lepas.

    Data PPATK menunjukkan 3.2 juta rakyat berjudi dalam talian pada 2023, dengan 80 peratus pertaruhan di bawah 100,000 rupiah atau kira-kira AS$6.17, kebanyakannya lebih suka slot dalam talian untuk kemudahan mereka. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...