Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mahkamah Filipina sekat pengeluaran ‘beras emas’

    MANILA, 25 APRIL – Mahkamah Filipina telah menyekat penjualan beras emas yang diubah suai secara genetik disebabkan oleh pandangan saintifik yang bercanggah menimbulkan kebimbangan kesihatan dan keselamatan alam sekitar yang ‘teruk’.

    Filipina adalah negara pertama di dunia yang meluluskan beras emas, yang diperkaya dengan beta-karotena prekursor Vitamin A dan mempunyai warna kuning terang, dalam usaha untuk mengatasi kanak-kanak buta.

    Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di Manila membatalkan permit biokeselamatan untuk pengeluaran komersial beras yang diberikan oleh pengawal selia kerajaan pada 2021 selepas 14 pihak memfailkan penentangan dengan cabaran.

    Keputusan mahkamah, yang dikeluarkan pada 17 April dan dilihat oleh AFP hari ini, juga terpakai kepada terung yang diubah suai secara genetik, terung BT, yang tahan terhadap serangan agen perosak.

    “Oleh sebab pandangan saintifik yang bercanggah dan ketidakpastian mengenai risiko dan kesan beras emas dan terung BT, berpotensi ancaman teruk dan serius terhadap kebajikan orang ramai dan alam sekitar timbul,” kata mahkamah.

    Seorang petani berjalan melalui sawah di Bulacan pada 24 April. – AFP

    Penjualannya tidak dibenarkan ‘sehingga responden agensi kerajaan yang berkenaan mengemukakan bukti keselamatan dan pematuhan semua keperluan undang-undang”, katanya.

    Pakar berharap beras itu akan membantu mengatasi kanak-kanak buta dan menyelamatkan nyawa di negara membangun.

    Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kekurangan vitamin A menyebabkan sehingga 500,000 kes kanak-kanak buta setiap tahun, kebanyakannya di negara membangun, dengan separuh daripada mereka mati dalam tempoh 12 bulan selepas kehilangan penglihatan.

    Beras emas telah dikembangkan selama dua dekad oleh Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) yang berpangkalan di Filipina dan Jabatan Pertanian-Institut Penyelidikan Beras Filipina (PhilRice), manakala terung BT dikembangkan oleh Universiti Filipina kampus Los Banos. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...