Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegula atur pertemuan dengan Sabalenka di final

    NEW YORK, 6 SEPT – Jessica Pegula mencatat kebangkitan menakjubkan ‘tepat pada masanya’ sebelum mengalahkan Karolina Muchova dalam Terbuka AS kelmarin, sekali gus layak ke final Grand Slam sulungnya, yang mana dia akan berdepan Aryna Sabalenka bagi merebut kejuaraan.

    Pemain Amerika Syarikat (AS) nombor enam dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum melakar kemenangan 1-6, 6-4, 6-2 ke atas lawan dari Republik Czech di ranking ke-52 dunia.

    Juara Terbuka Australia dua kali dan pemain nombor dua dunia, Sabalenka mara ke final Terbuka AS kali kedua berturut-turut setelah mengetepikan seorang lagi pemain AS, Emma Navarro 6-3, 7-6 (7/2).

    “Saya fikir saya amat bertuah kerana masih bersaing dalam kejohanan ini,” akui Pegula.

    “Dia membuatkan saya kelihatan seperti seorang pemain baharu, dia membelasah saya dan saya hampir menangis, tetapi ia hadir pada satu detik. Saya tidak tahu bagaimana saya berjaya mengubahnya dalam sedetik.”

    Jessica Pegula meraikan kejayaan menewaskan Karolina Muchova semasa perlawanan separuh akhir tenis Terbuka AS pada 5 September. – AFP

    Pegula kini menang 15 daripada 16 perlawanan dalam pertandingan musim panas di AS yang menyaksikan kejuaraan di Toronto dan kalah pada final di Cincinnati di tangan Sabalenka.

    “Ia peluang untuk membalas dendam, tetapi dia sukar untuk ditundukkan,” kata Pegula, yang hanya menang dua daripada tujuh pertembungan karier menentang pemain Belarus itu.

    Pegula, bermain di separuh akhir Grand Slam pertamanya selepas enam kekalahan pada suku akhir, memandang rendah dan keluar pada satu peringkat kelmarin.

    Pemain berusia 30 tahun itu tewas pada set pertama hanya dalam masa 28 minit, dengan pantas ketinggalan 2-0 pada set kedua dan terpaksa menyelamatkan mata break untuk mengelak dari 3-0 ke bawah.

    Itu adalah petunjuk bagi ramai penonton untuk meninggalkan Stadium Arthur Ashe, tidak mahu menyaksikan kekalahan kedua Amerika secara berturut-turut.

    Tetapi Pegula berusaha bersungguh-sungguh untuk mencetuskan kebangkitan yang luar biasa pada separuh akhir yang mendebarkan ketika dia mencatat lapan kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda