Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertumbuhan ekonomi Indonesia perlahan pada suku kedua 2024

    JAKARTA, 5 OGOS – Ekonomi Indonesia mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan pada suku kedua 2024 meskipun disokong oleh perbelanjaan ke atas percutian keagamaan dan peningkatan penggunaan isi rumah, kata Badan Pusat Statistik (BPS), hari ini.

    Pertumbuhan ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu adalah 5.05 peratus pada suku kedua, lebih rendah berbanding suku pertama yang mencatatkan 5.11 peratus, menurut BPS.

    “Pertumbuhan ekonomi juga lebih rendah berbanding suku kedua 2023,” kata Timbalan Ketua BPS, Mohamad Edy Mahmud pada satu sidang media.

    Meskipun pertumbuhan yang lebih rendah, BPS menegaskan ekonomi domestik masih kukuh dan stabil. Bagaimanapun, beberapa ahli ekonomi meragui kemampuan negara itu untuk mengekalkan kadar pertumbuhan sedemikian.

    “Kami tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap data rasmi,” kata Gareth Leather, ahli ekonomi kanan Asia di Capital Economics.

    “Kami tidak fikir pemulihan ini akan berterusan. Kami menjangkakan pertumbuhan akan menjadi perlahan dalam beberapa bulan akan datang,” tambahnya.

    Bank Pusat Indonesia pada awal tahun ini mengumumkan kenaikan kadar faedah mengejut kepada 6.25 peratus, yang ter-tinggi dalam tujuh tahun, untuk menyokong nilai mata wang rupiah yang telah menjadi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat. – AFP

    Gambar fail bertarikh 31 Julai menunjukkan seorang pemandu beca tradisional sedang tidur di hadapan pasar di Surakarta, Jawa Tengah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda