Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Labuan tahan 333 individu dalam serbuan dadah dari Januari-Julai

    LABUAN, 7 OGOS – Polis menahan sebanyak 333 individu di pulau bebas cukai ini menerusi serbuan membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah dari Januari hingga Julai tahun ini.

    Ketua Polis Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim berkata melalui operasi tersebut, polis turut merampas pelbagai dadah seberat 368.21 gram dan aset bernilai RM44,156.

    Beliau berkata lima daripada individu yang ditahan menghadapi pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

    Mohd Hamizi berkata dadah yang dirampas termasuk methamphetamine (syabu), ganja, dan ecstasy. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda