Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Promosi terbaharu Baiduri sempena Ramadan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Dengan kerjasama First Emporium & Supermarket (Cawangan), Batu Satu, Bank Baiduri melancarkan promosi terbaharu ‘Your Must-Haves in One Place’ untuk semua pemegang kad kredit dan debit Baiduri.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Baiduri, pembeli yang membelanjakan dengan jumlah minimum ditetapkan dalam satu resit dengan kad Bank Baiduri mereka di First Emporium & Supermarket (Cawangan) di Batu Satu atau di kedai dalam talian mereka layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah menarik hingga pertengahan April.

    Pemenang berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai antara $200 hingga $1,000 manakala pemenang hadiah utama akan menerima baucar beli-belah bernilai $2,000.

    Ketua Perbankan Runcit, Baiduri, Lim Kian Chiong berkata, “Kami berbesar hati untuk menyediakan tawaran kepada pemegang kad kami yang bukan hanya melengkapkan Ramadan mereka tetapi membantu mereka dalam persiapan menjelangnya perayaan akan datang.”

    Terma dan syarat promosi boleh dilihat di laman web Bank Baiduri di bawah bahagian Promosi.

    Untuk maklumat lanjut, pelanggan juga boleh menghubungi Talian Pelanggan Bank Baiduri atau mengikuti platform media sosial mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -