Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang kelmarin berkenan menerima mengadap Presiden Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tuan Yang Terutama Abdulla Shahid, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Semasa majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai peranan Negara Brunei Darussalam dalam mengukuhkan hubungan pelbagai hala, serta keutamaan Tuan Yang Terutama sepanjang menjadi presiden Perhimpunan Agung PBB.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama, yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Maldives, turut menyentuh mengenai perkara-perkara berkaitan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Maldives.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Lawatan terakhir Tuan Yang Terutama ke negara ini ialah pada Mac 2020 untuk berbincang mengenai pengukuhan hubungan dua hala serta penerokaan bidang-bidang kerjasama yang baharu untuk memanfaatkan kedua-dua buah negara.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap Presiden Sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB, Tuan Yang Terutama Abdulla Shahid yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap TYT Abdulla Shahid di Istana Nurul Iman Sabtu lalu. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...