Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tiga pegawai penguat kuasa AS terkorban

    WASHINGTON, 30 APRIL – Tiga pegawai penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan lima yang lain cedera selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata ketika cuba menyerahkan waran di negeri Carolina Utara, AS, kata Ketua Jabatan Polis Charlotte Mecklenburg (CMPD), Johnny Jennings, lapor Sputnik.

    Jennings menjelaskan bahawa pasukan itu cuba menyampaikan waran kepada seorang individu kerana memiliki senjata api oleh penjenayah yang disabitkan kesalahan, tetapi mereka ditembak ketika mereka menghampiri individu tersebut.

    Pasukan itu membalas tembakan dan suspek terbunuh tetapi mereka menerima tembakan tambahan dari dalam rumah, kata Jennings.

    Selepas keadaan tegang berakhir, pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan dan mengesahkan terdapat dua lagi individu di dalam rumah yang telah ditahan dan disoal siasat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...