Wednesday, May 22, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ratusan lakukan senaman yoga di landasan lapangan terbang

    BANGKOK, 30 APRIL – Satu acara luar biasa pada Sabtu lalu di landasan ketiga lapangan terbang utama Bangkok yang masih dalam pembinaan, menyaksikan senaman oleh beratus-ratus pengamal yoga sambil menikmati minuman seperti air kelapa, teh ais dan air kosong yang dimasukkan dalam rutin mereka.

    Kira-kira 500 pengamal yoga dan pempengaruh mula tiba bersama kamera mereka pada 5 pagi, berjalan dalam gelap menuju ke tikar di landasan kapal terbang.

    Ketika matahari terbit, pengajar yoga membimbing kumpulan itu dalam dua sesi senaman, bersemangat walaupun berdepan dengan pencemaran, persekitaran industri dan sekali-sekala bunyi bising pesawat.

    Walaupun ramai yang hadir adalah pempengaruh yang mungkin lebih tertumpu untuk mendapatkan gambar yang sempurna daripada teknik yoga yang betul, namun kebanyakan nampaknya datang untuk berseronok.

    Rugeradh, seorang peserta yang juga peguam berasa bimbang tentang pencemaran memandangkan Bangkok adalah antara bandar paling tercemar di dunia, namun dia telah memeriksa kualiti udara sebelum tiba.

    Walaupun terdapat beberapa lelaki dalam khalayak peserta, senaman itu didominasi oleh kaum wanita.

    Kebanyakannya berpakaian seragam yoga yang terdiri daripada seluar hitam dan berbaju putih dihiasi dengan perkataan ‘BREW’ yang bermaksud Brew Yoga, penganjur acara itu.

    Pengajar, Pavadee Komchokpaisan berkata ia adalah kali pertama senaman yoga dilakukan di landasan kapal terbang.

    ”Kami mempunyai begitu ramai orang yang datang ke sini hanya untuk menyertai kelas yoga, dan mengambil gambar di landasan kapal terbang,” beritahunya kepada AFP, sambil memuji komuniti yoga Bangkok. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun

    TEHRAN, 21 MEI - Selepas meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu,...