Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Sembilan tentera maut dalam nahas helikopter

    BOGOTA, 30 APRIL – Sebuah helikopter tentera pada Isnin terhempas dan kesemua sembilan askar yang berada di dalam pesawat terbunuh selepas pulang daripada menghantar anggota tentera di utara Colombia, menurut Tentera Kebangsaan Colombia.

    Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa, Bahagian Bolivar, menurut kenyataan tentera yang dilaporkan oleh Xinhua.

    Meluahkan rasa kesalnya terhadap tragedi itu di media sosial, Presiden Colombia, Gustavo Petro berkata tentera ‘sedang menjalankan operasi menentang Gulf Clan.’

    Gulf Clan dikenali sebagai sindiket jenayah yang dituduh mengedar dadah dan pembunuhan di Colombia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...