BUCHAREST, 1 DIS – Romania bakal memilih anggota Parlimen baharu hari ini, dengan kebimbangan semakin meningkat mengenai kekuatan yang semakin berkembang dari kalangan parti berhaluan kanan selepas pilihan raya presiden baru-baru ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pusingan pertama pilihan raya presiden minggu lalu menyaksikan Calin Georgescu mendahului dalam pusingan pertama pilihan raya presiden dengan 22.94 peratus undian.
Elena Lasconi, wakil parti reformis liberal-konservatif Save Romania Union (USR), berada di tempat kedua dengan 19.17 peratus.
Sementara itu, Social Democratic Party (PSD) kini memegang blok terbesar di parlimen, dengan Perdana Menteri Marcel Ciolacu mengetuai sebuah gabungan bersama National Liberal Party (PNL), parti politik kedua terbesar.
Mahkamah Perlembagaan perlu memutuskan sama ada pusingan penentu antara Georgescu dan Lasconi akan dijalankan seperti dirancang pada 8 Disember.
Keputusan mengenai perkara itu dijangka diumumkan minggu depan.
Pusat mengundi dijadualkan ditutup pada 8 malam bagi pilihan raya parlimen hari ini, dengan unjuran awal dijangka diumumkan pada waktu malam. – Bernama