Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sheikh Hasina tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain

    NEW DELHI, 6 OGOS – Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka, menurut saluran berita televisyen tempatan Republic World  hari ini, lapor Xinhua.

    Hasina, 76, meletak jawatan kelmarin berikutan protes antikerajaan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Bangladesh.

    Beliau segera meninggalkan Dhaka dengan menaiki helikopter tentera.

    Menurut laporan itu, beliau sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan Britain mengenai suaka politik di negara itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda