Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Tempoh pengasingan dikurangkan, pelitup muka dimansuhkan

    SYDNEY, 31 OGOS – Australia hari ini mengumumkan pengasingan mandatori COVID akan dikurangkan kepada lima hari dan syarat pemakaian pelitup muka bagi penerbangan domestik akan digugurkan – pengurangan sekatan paling signifikan dalam tempoh berbulan-bulan.

    Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata peraturan COVID di negara itu akan dilonggarkan sedikit bermula 9 September, apabila tempoh pengasingan akan dikurangkan daripada tujuh hari, memberi kelegaan kepada peniaga-peniaga yang bergelut dengan kekurangan pekerja.

    “Tindakan ini mengikut kadar respons tahap pandemik ketika ini,” kata Albanese. Australia sebelum ini mengenakan antara sekatan COVID paling ketat di dunia, menutup sempadan antarabangsanya selama dua tahun dan mengurung kebanyakan bandar besar selama berbulan-bulan.

    Strategi tersebut berkesan bagi sebahagian besar tempoh pandemik tetapi sejak Januari terdapat lonjakan besar dalam kes yang dikesan – yang kini melepasi angka 10 juta kes.

    Kematian turut meningkat, tetapi kadar vaksinasi yang tinggi telah mengehadkan kematian kepada 14,000 sejak virus pertama kali muncul, yang dianggap rendah bagi negara yang mempunyai hampir 26 juta orang penduduk.

    Dengan pekerja-pekerja sering kali terpaksa mengasingkan diri dan tidak ramai yang berpindah ke Australia, kekurangan kakitangan telah menjadi masalah biasa.

    Kadar pengangguran di negara itu menurun kepada 3.4 peratus, selepas pekerja-pekerja ditawarkan pekerjaan.

    Albanese berkata pengurangan peraturan itu hanya untuk mereka yang tidak mempunyai gejala COVID.

    “Jika awda mempunyai gejala, kami mahu awda terus berada di rumah. Kami mahu semua melakukan tanggungjawab masing-masing.” – AFP

    Gambar menunjukkan sebuah pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney. Australia mengumumkan pengurangan tempoh pengasingan mandatori COVID kepada lima hari dan syarat pemakaian pelitup muka bagi penerbangan domestik akan digugurkan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...