Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 guru agama sertai bengkel psikologi, pedagogi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT- Sebagai kesinambungan daripada Persidangan Antarabangsa Psikologi dan Pedagogi (ICoPP) 2024 kelmarin, hari ini seramai 100 guru pendidikan Islam serta pegawai dan kakitangan beberapa buah kementerian menyertai bengkel psikologi dan pedagogi bertempat di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)

    Dalam bengkel berkenaan, peserta membincangkan mengenai beberapa tajuk modul bersama dengan fasilitator pembentang persidangan termasuk The role of Psychology in religious Education, Bimbingan dan Kaunseling: pendekatan Tazkiyah An-Nafs : Model dan Pelaksanaan, Integrasi elemen psikologi di dalam silibus pendidikan Islam, Modul ajar pendidikan gama Islam dan Budi Pekerti dan guru yang dirindui.

    Bengkel itu disampaikan oleh pakar-pakar dalam dan luar negara iaitu Dr Goolam Hussein Rassool daripada Pusat Kajian Islam dan Kebudayaan, Charles Stuart University, Australia; Penolong Kanan Profesor dari Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Hajah Salwa binti Dato Seri Setia Haji Mahalle; Profesor Madya Dr Mohd Noor bin Saper dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia; Consultant Organizational Psychologist, Malaysia, Dr Alizi Alias dan Profesor Dr Adi Atmoko daripada Universitas Negeri Malang, Indonesia.

    Dengan tema Pedagogi Berkesan Berteraskan Psikologi Holistik, bengkel berkenaan diadakan dengan tujuan sebagai wadah bagi para peserta memperoleh pengetahuan terkini dalam bidang psikologi dan pedagogi, termasuk teori, kajian, dan amalan terbaik melalui pendekatan perbincangan serta perkongsian pengalaman dan kepakaran bersama dengan fasilitator.

    Ini termasuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu terkini dan cabaran dalam pendidikan dan psikologi, serta menggalakkan dialog dan penyelesaian bagi menangani isu-isu tersebut iaitu menyokong dan menggalakkan inovasi dalam pendekatan pedagogi dan intervensi psikologi untuk meningkatkan hasil pembelajaran dan kesejahteraan pelajar.

    Suasana semasa bengkel diadakan bersama sebahagian daripada guru-guru agama yang menyertainya. 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda