Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 negara terpilih sertai Majlis Hak Asasi Manusia PBB

    NEW YORK, 10 OKT – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin memilih 18 negara untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2025-2027, lapor Xinhua.

    Melalui sesi undian sulit, Benin, Bolivia, Colombia, Cyprus, Czechia, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Gambia, Iceland, Kenya, Kepulauan Marshall, Mexico, Macedonia Utara, Qatar, Korea Selatan, Sepanyol, Switzerland dan Thailand dipilih menganggotai majlis itu.

    Semua ahli yang sedang berkhidmat iaitu Argentina, Finland, Gambia, Honduras, India, Kazakhstan, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Montenegro, Paraguay, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat layak untuk dipilih semula kecuali negara yang berkhidmat selama dua penggal berturut-turut, termasuk Argentina, Cameroon, Eritrea, India dan Somalia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda