Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Aset usang kekangan utama pengoperasian Armada Timur

    KOTA KINABALU, 18 JAN – Berdepan situasi aset usang yang antara lain mendatangkan risiko kepada anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan kekangan utama dalam pengoperasian Armada Timur, kata Panglimanya, Datuk Sabri Zali.

    Sehubungan itu, beliau memohon kerajaan Persekutuan memandang serius perkara itu sekali gus mencari jalan mengatasinya kerana Armada Timur dan TLDM amnya kini masih menggunakan aset terutama kapal berusia lebih 45 tahun bagi menjaga keselamatan negara.

    Bagaimanapun, katanya, Armada Timur tidak pernah meletakkan aset usang sebagai alasan bagi melaksana tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara, malah anggotanya berusaha membaik pulih aset itu supaya ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

    “Dalam TLDM, kapal yang berusia lebih 25 tahun sepatutnya tidak lagi digunakan, tetapi kita masih menggunakan kapal yang sudah berusia lebih 45 tahun sehingga mendatangkan banyak masalah selain kos penyelenggaraan juga mahal.

    “Walaupun adanya kekangan itu, kita tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara khususnya di Sabah…semua aset termasuk yang telah usang berusia lebih 45 tahun masih beroperasi seperti biasa,” katanya di sini hari ini. – Bernama

    Tiga buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar membuat lintas hormat terhadap Panglima Armada Timur Laksamana Madya Sabri Zali pada majlis penghormatan pengunduran beliau sebagai Panglima Armada Timur, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...