Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lotte buka kilang aiskrim di India

    SEOUL, 18 JAN – Lotte Confectionery Co hari ini berkata ia akan melabur 70 bilion won (AS$56.6 juta) dalam syarikat sekutu pembuat aiskrimnya di India, Havmor Ice Cream Ltd, dalam tempoh lima tahun akan datang bagi mengukuhkan perniagaannya di India yang berkembang pesat.

    Lotte Confectionery akan membina kilang aiskrim baharu dengan keluasan 60,000 meter persegi di Pune, sebuah bandar perindustrian di negeri barat Maharashtra India, lapor Yonhap.

    Kilang yang dicadangkan tersebut merupakan kilang pertama Havmor Ice Cream di India, selepas pembuat syarikat dari Korea Selatan itu mengambil alih syarikat terbabit pada 2017 dengan harga 167.2 bilion won. Harvmor Ice Cream mengendalikan 216 kedai di India dan mengedar dua jenama aiskrim yang dibuat oleh Lotte Confectionery – Snow Ice dan World Cone.

    Lotte Confectionery berkata ia perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran sekutunya di India, di tengah-tengah permintaan yang berkembang pesat untuk produk aiskrimnya di sana.

    Kilang aiskrim baharu itu dijangka menyediakan kira-kira 1,000 pekerjaan, kata sayap perniagaan Lotte Group itu.

    Kilang di Pune juga akan menjadi kilang pembuatan ketiga Lotte Confectionery di India. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...