Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Bandar dekat loji nuklear dibedil

    KYIV, UKRAINE, 28 OGOS – Serangan roket dan artileri Rusia disasarkan ke kawasan seberang Sungai Dnieper di loji kuasa nuklear terbesar di Eropah, kata pegawai Ukraine hari ini, sekali gus menyebabkan kebimbangan yang berterusan bahawa pertempuran di kawasan sekitar boleh merosakkan loji dan menyebabkan kebocoran radiasi.

    Tentera Rusia menguasai Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia tidak lama selepas perang bermula dan menguasai wilayah bersebelahan di sepanjang tebing kiri sungai yang luas.

    Ukraine menguasai kawasan tepi sungai, termasuk bandar Nikopol dan Marhanets, setiap bandar tersebut mempunyai jarak kira-kira 10 kilometer dari loji itu.

    Serangan pada waktu malam telah menyebabkan beberapa bahagian Nikopol tanpa bekalan elektrik, kata Valentyn Reznichenko, gabenor wilayah Dnipropetrovsk.

    Serangan roket merosakkan kira-kira puluhan kediaman di Marhanets, menurut Yevhen Yevtushenko, ketua pentadbiran daerah itu yang mempunyai kira-kira 45,000 penduduk.

    Pemandangan akibat serangan roket Rusia berhampiran bangunan yang rosak di pusat bandar Kharkiv, Ukraine pada Sabtu. – AP

    Pihak berkuasa minggu lalu mula mengedarkan pil iodin kepada penduduk yang tinggal berhampiran loji Zaporizhzhia sekiranya terdedah kepada sinaran radiasi, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

    Kebimbangan yang besar ialah pada sistem penyejukan untuk reaktor nuklear loji. Sistem tersebut memerlukan kuasa untuk berjalan dan kilang itu dimatikan buat sementara waktu pada Khamis atas sebab kerosakan kebakaran pada talian penghantaran.

    Kegagalan sistem penyejukan boleh menyebabkan nahas nuklear.

    Agensi tenaga atom Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB) telah berusaha membuat perjanjian untuk menghantar pasukan masuk untuk memeriksa dan membantu mengamankan loji itu.

    Pegawai berkata persiapan untuk lawatan itu sedang dijalankan, tetapi masih tidak jelas bila ia mungkin berlaku. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...