Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    The Reds catat rekod kemenangan terbesar EPL

    LONDON, 28 OGOS – Liverpool menyamai rekod kemenangan terbesar Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan membelasah Bournemouth 9-0, sementara hatrik Erling Haaland menjadi inspirasi kebangkitan Manchester City dengan kemenangan 4-2 menentang Crystal Palace, kelmarin.

    Sementara itu, pendahulu liga Arsenal mengekalkan rekod cemerlang selepas mencatatkan kemenangan dramatik 2-1 menentang Fulham.

    Dalam perlawanan lain, Chelsea, yang terpaksa bermain dengan 10 pemain, berjaya menewaskan Leicester 2-1 dan Manchester United terus mencipta sentuhan kemenangan 1-0 ke atas Southampton. Perlawanan Liverpool mencuri tumpuan ketika mereka pulih daripada kekalahan 2-1 di tangan Manchester United dengan kemenangan bergaya.

    Selepas rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan, The Reds bangkit dengan menyamai jaringan 9-0 yang dicatat oleh Manchester United menentang Ipswich pada 1995, dan Southampton pada 2021, serta Leicester membelasah Southampton pada 2019.

    Liverpool mendahului seawal minit ketiga melalui rembatan Luis Diaz di Anfield di mana penyerang Colombia itu menanduk masuk bola hasil hantaran lintang Roberto Firmino. Tiga minit kemudian, Liverpool menambah jaringan menerusi percubaan lencong menarik Harvey Elliott dari jarak 20 ela.

    Sepakan kencang daripada Trent Alexander-Arnold menuju penjuru gawang dari jarak 25 ela telah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-28. Selepas memberikan tiga assist, Firmino berjaya menjaringkan gol untuk dirinya sendiri menerusi sepakan voli jarak dekat pada minit ke-31.

    Virgil van Dijk menambah derita The Cherries selepas pemain pertahanan itu menjaringkan gol menerusi sepakan sudut Andrew Robertson pada separuh masa pertama. Liverpool 5-0 di hadapan pada separuh masa pertama. – AFP

    Reaksi Fabio Carvalho meraikan gol semasa kemenangan besar Liverpool menentang Bournemouth di Anfield, baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...