Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    17 kakitangan Aegis jalani Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Seramai 17 orang kakitangan Aegis Secure Solutions Sdn Bhd telah mengikuti Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Berakas, baru-baru ini.

    Kursus berkenaan dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi F Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan dan keperluan daripada JBP mengenai situasi wabak COVID-19.

    Menurut kenyataan JBP, semasa kursus itu peserta diterangkan kepentingan keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran selain mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Para peserta juga didedahkan mengenai tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan betul serta tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan apabila berlaku kebakaran di samping lawatan ke Balai Bomba, Berakas.

    Kakitangan Aegis Secure Solutions mencuba tatacara memadamkan api menggunakan selimut api. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...