Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Brunei Wanderers muncul juara

    Oleh Fadhil Yunus

    PENAMPANG, 19 OKT – Brunei Wanderers muncul juara bagi kategori Grandmasters 55 Tahun dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sepasukan Jemputan Mimpaagat Borneo di Kompleks Sukan Penampang, Kompleks Sukan Penampang, baru-baru ini.

    Pasukan veteran tempatan itu menang melalui perbezaan gol di hadapan pemenang tempat kedua, Blue Kondiu.

    Brunei Wanderers bermula di pusingan pertama tanpa sebarang kekalahan, dengan mencatatkan dua kemenangan dan satu seri, yang memberikan markah terkumpul sebanyak tujuh mata, sekali gus mendahului kedudukan dalam kumpulan.

    Pasukan itu terus mara dan berjaya mengumpul lima mata yang menjadikan mereka juara dalam kumpulan yang mengandungi empat pasukan, seterusnya memenangi gelaran Grandmasters.

    Pengurus Pasukan, Haji Abdul Wahab Haji Momin berpuas hati dan memuji persembahan mereka.

    Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah, yang menyaksikan sejumlah 18 pasukan dari dalam dan luar negara yang mengambil bahagian.

    Kejohanan ini juga turut mempertandingkan kategori Masters 45 Tahun, yang dimenangi oleh King United yang dipimpin oleh bekas pemain antarabangsa Malaysia, Chow Chee Weng.

    Turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong.

    Edisi kejohanan yang seterusnya akan diadakan pada 27 hingga 28 Mei 2023 seiring dengan bulan Pesta Menuai.

    Pasukan Brunei Wanderers bergambar bersama trofi dan pingat yang dimenangi semasa Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sepasukan Jemputan Mimpaagat Borneo di Kompleks Sukan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.- Gambar serahan Brunei Wanderers
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...