Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Wafariena dipaksa lakukan babak tercampak

    Selepas lima hari dirawat di sebuah hospital swasta di Rawang akibat kecederaan ketika penggambaran supertele, Mata Tak Berhijab, pelakon Wafariena Roslan, 27, akhirnya dibenarkan keluar wad, minggu lalu.

    Kisah pelakon yang mengecapi populariti menerusi watak Nurul dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu menjadi kecoh apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian punggung dan perut, selain berlaku pendarahan apabila diminta pengarah melakukan aksi lagak ngeri.

    Namun, apa yang mengecewakan ibu Wafariena yang juga pengurusnya, Suzana Hamad, 59, apabila pengarah langsung tidak bertanya khabar mengenai kecederaan yang dialami anaknya itu.

    Lebih terkilan, syarikat produksi mulanya seakan bermain tarik tali hingga ditolak ke sana-sini seperti pengemis apabila menuntut wang deposit kemasukan ke hospital. Mengulas keadaan Wafariena, Suzana berkata, keadaan anaknya masih lemah.

    “Doktor sudah melakukan semua pemeriksaan dan Wafariena dikehendaki menjalani fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu sehinggalah keadaannya sembuh.

    “Bahagian perut masih lagi sakit. Sekiranya batuk atau ketawa, Wafariena akan rasa sakit.

    “Ini kerana kru produksi mengikat tali pada pinggangnya ketika melakukan aksi tercampak. Wafariena melakukan aksi itu sebanyak 12 kali sehingga mengalami kekejangan,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Kisah Wafariena menjadi kecoh apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian punggung dan perut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...