Saturday, May 18, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Wings rancang rehat panjang selepas tunai umrah

    Terlalu sibuk dengan pelbagai konsert, kumpulan rock legenda, Wings bakal menarik ‘brek’ buat seketika sekembali menunaikan umrah di Mekah pada November depan.

    Bagaimanapun, Wings akan menyusun semula jadual seni selepas Aidilfitri, tahun hadapan.

    Vokalis Wings, Datuk Awie bersyukur dengan limpahan rezeki selepas lebih dua tahun berehat disebabkan COVID-19.

    Namun, katanya, pada masa sama timbul persoalan dalam hati adakah persembahan silih berganti boleh diterima peminat?

    “Alhamdulillah, tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan rasa syukur ini, tetapi mungkin ini juga cara Allah duga kami supaya sentiasa ingat kepada-Nya dan tidak lupa diri.

    Awie bersyukur dengan limpahan rezeki Wings yang tidak putus-putus muncul dengan konsert selepas lebih dua tahun berehat disebabkan COVID-19. – Agensi

    “Wings sangat terharu apabila tiket konsert terjual dalam tempoh singkat. Untuk tiket Royal Box bagi Konsert Naga Kramat 2022 berharga RM10,000 yang hanya mempunyai lapan tempat duduk terus disambar sebaik kaunter jualan tiket dalam talian dibuka.

    “Sebelum ini, tiket konsert untuk konsert di Singapura habis dijual dalam tempoh setengah jam. Jadi apakah petandanya?

    “Ia sedikit sebanyak membimbangkan kami, adakah ia beri bayangan Wings juga akan habis?” katanya.

    Awie berkata, apa pun bakal berlaku, mereka hanya ingin fokus menjaga kesihatan dan silaturahim, apatah lagi bakal menunaikan umrah buat kali pertama bersama bulan depan.

    “Kami juga ingin menjaga hubungan baik dengan penyokong Wings,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Naga Kramat 2022 yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu ini.

    Sentiasa bersemangat menghiburkan peminat, Awie berkata, Wings akan membawa kelainan dengan mengembalikan nostalgia kegemilangan muzik rock era 1980-an menerusi Konsert Naga Kramat 2022. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...