Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bucks bangkit benam Heat

    LOS ANGELES, 3 MAC – Pemain Milwaukee Bucks, Jrue Holiday melakukan layup dengan perlawanan berbaki 1.9 saat ketika juara NBA Bucks bangkit daripada defisit 14 mata untuk menewaskan pemimpin Eastern Conference Miami Heat 120-119 semalam.

    Milwaukee mengatasi Miami 21-6 untuk melenyapkan kemenangan berturut-turut Heat pada empat perlawanan.

    Khris Middleton mencatat tiga lontaran dengan 13.5 saat sebelum perlawanan tamat untuk membantu Milwaukee memperoleh satu mata tambahan, seterusnya Giannis Antetokounmpo memaksa satu lontaran dan memenanginya – sekali gus memberikan Holiday peluang untuk menjadi pemenang perlawanan.

    “Hanya perlu bersikap agresif dan mendapatkan mata,” kata Holiday, menambah kunci kepada kemenangan Bucks adalah ‘keazaman.’

    “Kami tahu ia adalah permainan yang menguji ketabahan,” katanya. “Apabila mereka menunjukkan semangat ketabahan, kami tahu kami juga memilikinya.

    Pemain Paling Bernilai NBA sebanyak dua kali, Antetokounmpo mengakhiri perlawanan dengan 28 mata, 17 rebound dan lima assist meskipun mengutip mata foul pada awal perlawanan. Middleton menambah 26 mata dan Holiday menyumbang 25 mata untuk Milwaukee.

    Herro memimpin Heat dengan 30 mata, Gabe Vincent mencatat 21 dan Bam Adebayo menambah 18 mata dengan 12 rebound untuk Miami, yang melakukan 21 daripada 44 percubaan ‘three-point’. Pasukan Heat masih ketinggalan satu setengah perlawanan di depan Chicago Bulls di atas kedudukan Eastern Conference. Buck menduduki tempat keempat, satu perlawanan di belakang tempat ketiga Philadelphia 76ers. – AFP

    Aksi Giannis Antetokounmpo semasa menjaringkan bola pada separuh masa kedua perlawanan NBA menentang Miami Heat di Milwaukee pada 2 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...