Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    California cadang pengeluaran EV menjelang 2035

    SACRAMENTO, 25 OGOS – California telah menetapkan tarikh akhir 2035 untuk semua kereta, trak dan SUV baharu yang dijual di negeri itu dikuasakan oleh elektrik atau hydrogen iaitu satu usaha yang akan membentuk semula peralihan pasaran kereta Amerika Syarikat (AS) kepada kenderaan yang lebih mesra iklim.

    Lembaga Sumber Udara California akan membuat keputusan hari ini mengenai dasar itu, yang akan menjadikan perubahan drastik AS untuk beralih daripada kereta berkuasa gas. Walau bagaimanapun, usaha itu tidak akan menghentikan kenderaan gas secara keseluruhan.

    “Krisis iklim boleh diatasi jika kita memberi tumpuan kepada langkah besar dan berani dalam membendung pencemaran karbon,” kata Gabenor California, Gavin Newsom.

    Dia mengumumkan matlamat 2035 dua tahun lalu dan pengawal selia rancangan itu telah sedaya upaya bekerja mengumpul butiran tentang apa yang disebut oleh Newsom sebagai “tindakan yang mesti diambil jika kita serius untuk menyelamatkan bumi ini untuk generasi akan datang.”

    Terdapat beberapa halangan perlu diatasi dalam mencapai matlamat tersebut, terutamanya stesen kuasa dan pengecasan yang mencukupi.

    Kenderaan elektrik ketika dicaj di pusat beli-belah di Emeryville, California pada 10 Ogos lalu. – AP

    California kini mempunyai kira-kira 80,000 stesen di tempat awam, jauh kurang daripada jumlah 250,000 yang disasarkan menjelang 2025.

    Alliance for Automotive Innovation, yang mewakili banyak pembuat kereta utama berkata bahawa kekurangan infrastruktur dan akses kepada bahan yang diperlukan untuk membuat bateri serta rantaian bekalan isu antara cabaran menjelang tahun 2035.

    Walaupun California menyumbang 10 peratus daripada pasaran kereta AS, ia juga merupakan penyumbang kepada 43 peratus daripada 2.6 juta kenderaan hibrid berdaftar negara, menurut Lembaga Sumber Udara California.

    Pegawai iklim California berkata dasar baharu negeri itu akan menjadi dasar paling bercita-cita tinggi kerana ia meletakkan penanda aras untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh tahun akan datang.

    California mencatat sejarah apabila diberikan kebenaran oleh agensi Perlindungan Alam Sekitar AS untuk menetapkan peraturan pelepasan perpaipan sendiri untuk kereta dan disusuli oleh 17 negeri lain. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...